Sahabat Sejati

Tuesday, September 5, 2017

( 25 - 26/8/2017 ) Jalan ke Muar .

Dah lama tak jalan2 kat sana . Pernah menjadi tempat tinggal aku dulu . Tapi tahun ni dapat berjalan ke Dinosaur Park kat Muar . Taktau la pulak ada kat sana .






















Wednesday, December 31, 2014

kenangan 2014 ( bahagian 1 : oktober )

Alhamdulillah..tirai 2014 sudah berlabuh..semua kenangan terindah tetap dikenang dalam ingatan . Sukaduka sentiasa wujud dalam kehidupan ku ...Alhamdulillah , akhirnya sudah memasuki alam baru iaitu tahun 2015 .... keputusan PT3 baik..dapat pula kelas pertama .. dibawah ini adalah gambar lama oktober 2014..
























Sunday, December 9, 2012

Sejarah Daerah Pekan






Bunga Pekan Berwarna Putih

Menurut pengkaji sejarah, Daerah Pekan telah menjadi ibu Negeri Pahang antara 1686 sehingga 1897 di mana pada ketika itu dikenali sebagai Kerajaan Inderapura. Dalam Bahasa Sanskrit, perkataan ‘pura’ membawa maksud sebagai pekan. Selain menjadi pusat pemerintahan kerajaan, Daerah Pekan ini dahulunya memang terkenal dengan pekan sehari iaitu tempat tumpuan peniaga setiap hari menjalankan pelbagai urus niaga dan jual beli barang dagangan dalam dan luar daerah. Nama Daerah Pekan berasal dari nama sejenis bunga yang dipanggil ‘bunga pekan’ yang banyak tumbuh di tebing-tebing Sungai Pahang satu ketika dahulu. Bunga pekan berwarna putih dan bentuknya seakan-akan bunga melor.
Pada 1454, Sultan Mansur Shah iaitu putera kepada Sultan Muzafar Shah yang memerintah Kerajaan Melaka ketika itu, telah membawa askar-askarnya menyerang Kerajaan Inderapura di Pekan yang diperintah oleh Kerajaan Siam di bawah pemerintahan Maharaja Dewa Sura. Kerajaan Inderapura telah tewas dan Maharaja Dewa Sura melarikan diri ke Ulu Pahang manakala puterinya Wanang Sari dibawa pulang ke Melaka oleh Sultan Mansur Shah, menjadi Islam dan dijadikan isteri baginda.
Seri Bija Di Raja iaitu panglima setia kepada Sultan Mansur Shah yang menumpaskan Kerajaan Inderapura dan menangkap Maharajanya, dikurniakan oleh baginda menjadi pemerintah Jajahan Melayu Melaka di Pekan. Sultan Mansur Shah mempunyai dua orang anak hasil pernikahannya dengan puteri Wanang Sari iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhamad. Tetapi Raja Muhamad telah membuatkan baginda sangat murka kerana menikam mati Tun Besar yang tertendang bola sepak raga sehingga terkena dastarnya iaitu pakaian kepala mahkota di raja.
Raja Muhamad telah dibuang daerah sebagai hukuman tetapi kemudiannya menjadi pemerintah kerajaan di Pekan dan digantikan oleh anaknya Sultan Mahmud Shah (1615 hingga 1641) selepas kemangkatannya. Sultan Mahmud Shah telah dibunuh oleh panglimanya sendiri dan mangkat ketika masih berada di atas julang. Kerajaan Johor-Riau di bawah pemerintahan Kerajaan Acheh iaitu Raja Bujang, telah menewaskan Kerajaan Pahang dan selepas kemangkatan baginda, Bendahara Tun Habib Abdul Majid menjadi pemerintah Pahang. Bendahara Wan Ahmad anak kepada Sultan Ali kemudian menggantikannya dan diisytiharkan sebagai Sultan Pahang.
British ketika penaklukan mereka, telah cuba untuk memisahkan kesetiaan rakyat kepada Sultan bermula dengan pembahagian Pekan Baru yang didiami oleh keturunan Cina dan Pekan Lama iaitu pusat pentadbiran kesultanan Pahang yang dipisahkan oleh parit yang digali ketika pemerintahan Siam dahulu. British kemudiannya memindahkan ibu Negeri Pahang ke Kuala Lipis untuk mengelakkan campur tangan Sultan dalam pentadbiran mereka.

Saturday, December 1, 2012

Asal usul nama Pahang


Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

Friday, November 16, 2012

Thursday, November 15, 2012

2 Peragut


Pada satu hari , di satu kampung pada hari raya korban , 2 peragut berjaya ditangkap oleh semua penduduk kampung . Diantara penduduk kampung yang membawa parang yang tajam dan berkilat . Peliknya , 2 peragut itu tidak mempunyai barang yang dicuri seperti kelazimannya . Namun , mereka tidak berasa pelik . 2 peragut itu diikat  di berlainan tempat . Semua penduduk memegang peragut itu . Seorang lagi bertakbir sambil menyebelihkan 2 peragut itu . Tanpa belas kasihan , peragut itu disembelih . 2 peragut itu tidak dapat buat apa-apa kerana peragut itu adalah 2 ekor lembu dan daging mereka diagihkan kepada orang kampung . Sekian... :)